PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK SULTAN YUSOF, BATU GAJAH, PERAK.
MEMUATKAN MAKLUMAT DAN AKTIVITI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK SULTAN YUSOF, BATU GAJAH, PERAK.
Saturday, 21 March 2015
MASALAH PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Top of Form
Bottom of Form
Top of Form
Bottom of Form
MASALAH
PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Memanglah
menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang
berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang
diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi
penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah
menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program
pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak
dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi
-intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang
menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak
-kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan
program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai
-bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan
teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi
intelek kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh
daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah
membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu
strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu
kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak
pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta
boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota
kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh
kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti
untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang
tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak
yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Sejak beberapa tahun
kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak
telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah
kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang
kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak
-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak
bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu
bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang
berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan
perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk
mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun
saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik
sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak
yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
Punca -punca masalah
pembelajaran
Punca -punca timbulnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
1. punca
biologi
2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor
faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf.
Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak
(meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat
saraf ( neurologi dysfunction ).
Pakar kanak -kanak juga telah
lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning
) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran.
Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah
pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat
mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan
masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan ,
kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi
dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi
masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang
berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti
dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah
dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di
selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan
pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh
ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan
kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat
menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran
membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan
(perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri
sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan
berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan
sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak
yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai
sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif
ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap
kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat
kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang
berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan
cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran
anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian,
sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang
kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak
papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah
cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga
kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous
otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan
rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan
pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya
merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal
mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir, tumpuan perhatian,
perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah
lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.
Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf
dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya
sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti
harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang
berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum
didalam darjah satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak
normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal
yang mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ.
Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain
dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas
yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan
pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
Pelbagai corak difungsi
perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang
sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar
roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian
yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak
menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya,
perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya
seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya
akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan
membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta
atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca
dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang
kali.
Penilaian ke atas
seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank
yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang
terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya
kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan
lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang
berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak
tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh
dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama
mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan
perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih
resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu ,
penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak
diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki
kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang
dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar
dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan
fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang
mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota
tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya
kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho-
educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu.
Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan
menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini , bilangan yang mahir
dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami
masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan
(elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu
dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat
pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak
yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas
dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan
seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis
sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa
ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini
sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah
sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh
dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah
laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan
digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu
perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah
membaca
Kadang kala , terdapat kanak
-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin
kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna
sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan
untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami
apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu
murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang
motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu
bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan
atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu
diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling
dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca
amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk
membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh
mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain
membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak
mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia
mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru
huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang
tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di
kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh
dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan
masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan
kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama
ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang
mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga
enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin
lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya,
apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa
memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan
kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna
setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang
terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia
lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang
kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering
menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang
digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan
yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya,
kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap
sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa
dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada
pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya,
kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami
masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang
dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut
terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak
yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang
dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang
memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca
" sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui
punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian
tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia
perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak
disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa
yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu
perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan.
Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana
terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula
dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca
merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di
kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca
dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran
membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi
baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang
-peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak
itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang
sekelilingnya.
Kanak -kanak
hiperaktif
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai
ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah
dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya
dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak
-kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana
tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak
mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif
juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan
menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa
terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang
kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh
memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif
ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan
perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak
-kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk
meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan
satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan
peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk
mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu
memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan
agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan
tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan
latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan
lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala
kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya,
dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang
diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh
meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali,
dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi boleh
menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.
Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya
terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala
dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah
seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam
pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia merupakan
murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak
enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang
berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang
tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak
yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi
kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya.
Kaunseling memerlukan penglibatan
seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering
berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan
yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri
kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai
boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran
seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan
sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi
yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program
bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang
diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan
seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu
anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para
profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil
perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas
dirumah.
Wednesday, 8 October 2014
SAMBUTAN HARI JADI TUAN PENGETUA.
SAMBUTAN HARI JADI AYAHANDA YANG DIKASIHI........
Semoga Allah memberikan keberkatan usia kepada
Tn. Hj. Saidi Bin Ngah Abd Said.
Kami guru-guru dan pelajar pendidikan khas sys mendoakan kesejahteraan tuan.
![]() |
| Doa kami agar tuan dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan. |
![]() |
| Selamat Hari Jadi Tuan... |
![]() |
| Pulut kunyit tanda kesyukuran kami. |
Tuesday, 7 October 2014
KURSUS ASAS JAHITAN MANIK BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH.
10 Orang pelajar diberi pendedahan menjahit manik. Satu yang mengasyikkan
Kami guru-guru pendidikan khas sys sangat terhutang budi dengan Kolej Komuniti kerana memberikan asas pendidikan yang bermakna kepada anak-anak didik kami.
![]() |
| Pn. Farah sebagai tenaga pengajar. |
![]() |
| asas manik untuk menghias bunga |
![]() |
| Padanan warna agar hasil lebih menarik. |
![]() | |
| pelajar diajar asas meletakkan asas kerja dan jahitan | . |
![]() | |
| Pelajar asyik memulakan kerja |
![]() |
| Pengarah Kolej Komuniti menyampaikan cenderamata. |
![]() |
| pelajar gembira menghasilkan jahitan mereka. |
![]() |
| hasil kerja separa siap. |
![]() | |
| menambah kemahiran |
Kami guru-guru pendidikan khas sys sangat terhutang budi dengan Kolej Komuniti kerana memberikan asas pendidikan yang bermakna kepada anak-anak didik kami.
Monday, 6 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)







































